BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

PENGENALAN

PENGENALAN PUSAT AKSES


SEJARAH WUJUDNYA PUSAT AKSES

  • Pusat Akses telah ditubuhkan pada April 2006 di Parlimen Kalabakan iaitu 48 buah sekolah dan di Tawau 3 buah sekolah.
  • September 2006- Parlimen Sembrong, 33 sekolah
  • Oktober 2006 (Fasa 1)- Pelaksanaan untuk 500 sekolah seluruh negara.
  • Disember 2006 (Fasa 2)- Pelaksanaan untuk 1000 sekolah seluruh negara. 

PENGENALAN


  • Dengan kepesatan arus perkembangan teknologi maklumat di negara ini, kerajaan telah pun berhasrat untuk membestarikan semua sekolah di seluruh negara melalui program pembestarian sekolah.

  •  Satu pelaksanaan Pusat Akses Sekolah merupakan salah satu daripada pelbagai inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menyediakan infrastruktur ICT yang mencukupi bagi menjayakan pembestarian sekolah. 

  • Pusat akses sekolah ini mengamalkan konsep  ala "Cyber cafe" tetapi lebih menjurus kepada pembelajaran kerana sesuai dengan kewujuan dia di dalam sebuah institusi sekolah.

  • Pusat Akses Sekolah ini juga merupakan satu bentuk sokongan kepada proses p&p. Proses pembelajaran di Pusat Akses Sekolah boleh berlaku pada bila-bila masa. 

  • Pusat Akses sekolah memenuhi gaya pembelajaranyang pelbagai degan proses pembelajaran yang pelbagai yang di terapkan dalam elemen ICT.

MATLAMAT PELAKSANAANNYA

            •  Meningkatkan pembudayaan penggunaan ICT di sekolah dikalangan guru-guru dan juga murid-murid.
            • meningkatkan masa penggunaan (contact hours) komputer dengan murid sama ada dalam penggunaan waktu p&p atau penggunaan waktu harian.
            • Meluaskan info maklumat ICT yang terkini melalui pelayaran internet mengenai teknologi dunia dalam negara mahupun kawasan setempat. 
OBJEKTIF  PELAKSANAANNYA
  • Meningkatkan kemahiran murid dalam mencapai kadar pelajar pintar teknologi.
  • Membolehkan murid melaksana pembelajaran kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri dengan lebih berkesan dengan sendiri disamping pantauan dari guru terlibat.
  • meningkatkan penggunaan dan penguasaan kemahiran ICT murid untuk pembelajaran dan penggunaan hariannya.







Musical