BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, October 23, 2011

SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum

Lama tak bersua dilaman nan indah ini....terlalu sibuk merencana aktiviti hakiki kerja harian di sekolah ni.Al-hamdulillah peperiksaan (PMR) sebenar buat pelajar ting.3 sudah pun berakhir,kini puteri-puteri ini sedang dibuai mimpi yang indah kerana peperiksaan yang digeruni telah pun lepas dilalui,tinggal menunggu hasil dari usaha yang dilakukan.Mereka juga kini sibuk memenuhi rencana harian yang telah di atur oleh Unit Bimbingan&Kaunseling dengan memenuhi waktu lapang yang ada.

Buat pelajar lain Ting.1,Ting.2 & Ting.4 sekarang tengah berjuang menghadapi peperiksaan akhir tahun mereka.Dari minggu lepas dan masih ada baki lagi pada minggu ini,selamat berjuang puteri-puteri sekalian.Tak lupa juga buat puteri Ting.5 yang masih meneruskan pembelajaran seperti biasa persediaan untuk menghadapi peperiksaan (SPM) yang tak lama lagi ni,dengar cerita result percubaan lepas pun da keluar kan....jadi apa khabarnya ????? moga keputusan yang diketahui ini dan lebih memberi dorongan buat adik-adik pelajar sekalian ok.

Aktiviti sekolah pada hujung minggu ni seperti dijadualkan akan berlangsungnya MAJLIS GRADUASI buat pelajar Ting.5 . Minggu depan pula akan adanya MAJLIS HARI KUALITI yang melibatkan para guru dan staff sekolah.Semoga apa yang dirancang dapat dijalankan dan dilaksanakan dengan jayanya,amin.

Thursday, August 25, 2011

SALAM AIDULFITRI


  • Tahniah juga buat adik-adik yang telah sama-sama menjayakan majlis khatam al-quran yang berlangsung di dewan AS-Sharifah pada pagi ini .
  • Buat adik-adik pelajar selamat pulang ke kampung berhari raya bersama keluarga tercinta
  • Ingat jangan lupa buat ulangkaji juga buat mereka yang bakal menduduki peperiksaan PMR & SPM ....raya-raya juga tau seminggu cuti manfaatkan dengan jayanya :))))
  • selamat semuanya ya ...amin




Monday, August 15, 2011

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN KE-54 2011















TEMA : 1 MALAYSIA : TRANSFORMASI BERJAYA : RAKYAT SEJAHTERA
Tarikh : 3 Ogos 2011 bersamaan 3 Ramadhan 1432 H
Tempat : Tapak perhimpunan SMKASR
Masa : 7.15 - 8.05 pagi

" MERDEKA MERDEKA MERDEKA "



Buat Puteri Tingkatan 3 SMKA SHARIFAH RODZIAH

Assalamualaikum....

alhamdullillah selesai sudah peperiksaan percubaan PMR buat pelajar ting.3 di SMKASR ini yang telah berlangsung selama 5 hari bermula 8-12 ogos iaitu pada minggu lepas.

Ucapan buat adik-adik pelajar tahniah atas permulaan percubaan perjuangan anda ini dan semoga usaha adik-adik kan mendatangkan hasil yang setanding dengan apa yang telah adik-adik usahakan selama 3 tahun mendakap ilmu untuk PMR ini.
Nantikan keputusannya dalam beberapa minggu dari sekarang dan teruskan berusaha lagi untuk perjuangan yang sebenar untuk PMR yang sebenarnya nanti.

USAHA : TAWAKAL : DOA = AMIN

Wednesday, August 3, 2011

AH-LAN WAH SAH LAN RAMADHAN



Al-hamdulillah kita masih berkesempatan lagi pada tahun ini untuk sama-sama menyambut Ramadhan yang telah pun tiba kini.Marilah kita sama-sama menyemarakkan lagi bulan yang mulia ini.Semoga segala amalan kita sebelum ini dapat di pertingkatkan lagi sempena bulan penuh keberkatan ini,AMIN. Buat warga As-Sharifah Rodziah pelbagai program dirancang sempena bulan ramadhan ini seperti:

  1. Bacaan tadarus al-quran diantara staff sekolah bersama pentadbir.
  2. Solat fardu secara berjemaah.
  3. Tazkirah agama dan seumpamanya.
Semoga segala amalan yang dilakukan ini mendatangkan keberkatan dalam kehidupan kita dan dapat meningkatkan lagi prestasi diri buat para pelajar mahupun warga pekerja As-Sharifah dan juga guru-guru sekalian,AMIN.

" SELAMAT BERPUASA "

Wednesday, June 8, 2011

Cuti Sekolah Datang Lagi .........

Buat adik-adik pelajar yang bakal bercuti & Terutamanya kepada seluruh warga pelajar
SMKA SHARIFAH RODZIAH


ingin mengucapkan

"SELAMAT BERCUTI"

  • Gunakanlah cuti yang ada ini dengan sebaiknya ya.
  • Buat ulangkaji pelajaran tambahan lagi bagi pelajar yang ingin mengambil peperiksaan SPM & PMR yang tidak tidak lama lagi.
  • Bantu ibu & bapa di rumah dan luangkan masa riadah bersama untuk lebih mengeratkan ikatan kasih sayang antara keluarga.
  • Bila dah hari-hari terakhir cuti persekolahan nanti persiapkan diri dengan kesihatan yang cukup dan kelengkapan sekolah yang baik untuk memulakan aktiviti persekolah seperti biasa semula .

Tuesday, April 26, 2011

Pengetahuan Asas Apa Itu Struktur Komputer ???

Sebelum menggunakan komputer asas dalam penggunaannya & asas struktur sesuatu komputer amatlah penting untuk diketahui supaya tiada permasaalahan semasa menggunakannya.Oleh itu mari kita sama-sama melihat tutorial asas dalam mengenali apa itu KOMPUTER ............



Thursday, January 6, 2011

~ SELAMAT MENEMPUH CABARAN 2011~

Musical