BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, October 23, 2011

SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum

Lama tak bersua dilaman nan indah ini....terlalu sibuk merencana aktiviti hakiki kerja harian di sekolah ni.Al-hamdulillah peperiksaan (PMR) sebenar buat pelajar ting.3 sudah pun berakhir,kini puteri-puteri ini sedang dibuai mimpi yang indah kerana peperiksaan yang digeruni telah pun lepas dilalui,tinggal menunggu hasil dari usaha yang dilakukan.Mereka juga kini sibuk memenuhi rencana harian yang telah di atur oleh Unit Bimbingan&Kaunseling dengan memenuhi waktu lapang yang ada.

Buat pelajar lain Ting.1,Ting.2 & Ting.4 sekarang tengah berjuang menghadapi peperiksaan akhir tahun mereka.Dari minggu lepas dan masih ada baki lagi pada minggu ini,selamat berjuang puteri-puteri sekalian.Tak lupa juga buat puteri Ting.5 yang masih meneruskan pembelajaran seperti biasa persediaan untuk menghadapi peperiksaan (SPM) yang tak lama lagi ni,dengar cerita result percubaan lepas pun da keluar kan....jadi apa khabarnya ????? moga keputusan yang diketahui ini dan lebih memberi dorongan buat adik-adik pelajar sekalian ok.

Aktiviti sekolah pada hujung minggu ni seperti dijadualkan akan berlangsungnya MAJLIS GRADUASI buat pelajar Ting.5 . Minggu depan pula akan adanya MAJLIS HARI KUALITI yang melibatkan para guru dan staff sekolah.Semoga apa yang dirancang dapat dijalankan dan dilaksanakan dengan jayanya,amin.

Musical