BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, January 19, 2012

SELAMAT DATANG 2012

Assalamualaikum

Salam 1 malaysia 1 muhibah .Tahun baru menjelma sudah....lama tak meninjau aktiviti di laman blog ini.Masing-masing sibuk memenuhi tuntutan kerja.

Masih tidak terlambat rasanya pihak sekolah ingin mengucapkan
" SELAMAT TAHUN BARU 2012" dan juga "SELAMAT DATANG KEPADA PELAJAR BARU TING -1 SESI 2012"..........
Semoga tahun baru ini bakal membawa lebih manfaat dan keberkatan dalam kehidupan untuk dunia & akhirat ....... buat adik-adik ting 1 semoga dapat menyesuaikan diri dalam iklim SMKA SHARIFAH RODZIAH ini.....jangan nakal-nakal lagi tau.....da besar sekarang kena berdikari lagi-lagi bagi adik-adik yang terpilih untuk tinggal di asrama .Semoga mendapat mengutip sebanyak boleh ilmu dan pengalaman disini.Insyaallah dengan hati yang ikhlas adik-adik mesti boleh kan .......amin.

Minggu orientasi pun baru selesai ,pagi tadi dalam perhimpunan pagi jumaat terus dirasmikan minggu penutup minggu orientasi pelajar ting 1 .Lepas ni adik-adik da mula melangkah ke kelas masing-masing dan memulakan p&p bersama rakan-rakan dan guru-guru baru kelas masing-masing.Selamat maju jaya adik-adik sekalian :)

Pada 18.1.2012 hari rabu kelmarin ,disekolah terdapat jemaah nazir dari kementerian pendidikan putrajaya tela datang ke sekolah untuk memantau bagi program SKPM .Bole dikira pemantauan ini sebagai pertandingan .Banyak aspek yang dilihat oleh jemaah nazir tersebut.Insyaallah ...urusan 1 hari tersebut berjalan lancar,semoga semuanya dipermudahkan oleh mu ya allah,dan sama-sama kita doakan agar ianya menjadi rezeki kita bersama,terima kasih dan tahnia atas semua kerjasama yang dilakukan baik dari pihak pentadbir,guru ,staf sokongan dan juga para pelajar. :)

Hujan lebat membasahi muka bumi allah di pagi harini.Sejuk nyaman suasananya.Hujan rahmat mu ya allah......Adik-adik mesti dah tak sabar-sabar nak pulang ke rumah kan ??? minggu ni semua pelajar pulang ke rumah kerana minggu depan cuti tahun baru cina .... seminggu lagi,2 hari cuti umum dan tambahan 3 hari cuti peristiwa pihak sekolah ambil.....amboi cuti sakan semua ya....jangan liat nak pulang semula ke asrama ye nanti :)
Kepada 2 orang guru berbangsa cina di sekolah ini iaitu Cik Ong dan Cik yee ....selamat menyambut tahun baru cina..... gong ci fa chai :)


Selamat bercuti buat seluruh warga SMKA SHARIFAH RODZIAH .... buat pelajar guru dan kakitangan sekolah..... (buat kakitangan sokongan rabu masuk keje ye.....) :)

Musical